Tuesday 10 May 2011

Buku bertemu Ruas.

Disebuah kampung yang diberi nama Dimana Murad?, tiggal seorang pemuda yang sangat terkenal dengan kepetahan cakapnya. Pemuda ini deberi nama Ai, Mana? Tidak ada seorang pun yang berjaya untuk mengenakan atau menang apabila bercakap dengan Ai, Mana?. Disebabkan kepoweran beliau, beliau sangat suka mengenakan orang orang dikampungnya itu. Sikapnya tidak ubah seperti menempeleng lipan dikala subuh. Pada suatu hari, kawan karib kepada Ai, Mana? yang bernama Aku Ok Je, telah pun mencabar Ai, Mana? untuk pergi ke bandar Kuala Lumpur untuk mengenakan orang orang dibandar itu. Dengan pemikiran yang cetek dan tidak berfikir panjang, Ai, Mana? terus bergegas ke Kuala Lumpur.

Sesampainya Ai, Mana? di bandar Metropolitan itu, beliau terus ingin mengenakan orang sambil mencuba kepetahannya dengan orang di bandar itu. Lalu Ai, Mana? pun pergi mencari mangsa untuk dikenakannya. Berberapa tapak selepas itu, Ai, Mana? ternampak seorang pemuda yang kurang tampan lalu dipanggilnya.

Ai, Mana?: Sedara!
Pemuda: Awak panggil saya?
Ai, Mana?: Ya, awak. Saya tengok muka awak macam pak cik saya lah. *sambil gelak dalam hati*
Pemuda: Ye ke? tak sangka awak ada pak cik yang Handsome macam saya.
Ai, Mana?: -.-'

Mendengar jawapan dari pemuda itu, Ai,Mana? bingung dan terdiam. Sungguh tidak disangkanya ada orang yang boleh menandinginya dengan hanya mengeluarkan sepotong ayat. Pulanglah Ai, Mana? ke kampungnya semula sambil berfikir yang sepower mana pun beliau, ada orang yang lagi power. Selepas kejadian itu, Ai, Mana? megambil keputusan untuk resign sebagai jaguh kampung. Sekian~

2 comments: